rumah dalam pembinaan yang hampir siap runtuh dan menggelongsor ke dalam sungai di Kampung Mesilau, Kundasang, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
rumah dalam pembinaan yang hampir siap runtuh dan menggelongsor ke dalam sungai di Kampung Mesilau, Kundasang, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Oleh Junaidi Ladjana


Ranau: Susulan banjir lumpur sejak Isnin lalu menyebabkan sebuah rumah dalam pembinaan yang hampir siap runtuh dan menggelongsor ke dalam sungai di Kampung Mesilau, Kundasang, pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba Ranau berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di rumah itu.

"Bomba menerima laporan daripada pemilik rumah pada 9 pagi tadi sebelum sepasukan anggota bomba ke tempat kejadian untuk pemantauan.

"Pemeriksaan mendapati sebuah rumah runtuh dan menggelongsor ke dalam sungai di Kampung Mesilau," katanya.

Sementara itu, lebih 900 penduduk daripada 189 keluarga dipindahkan di tiga pusat pemindahan sementara di Dewan Mini Kundasang, Dewan Masyarakat Ranau dan Dewan Sementara Marakau setakat 1 petang tadi, ekoran banjir lumpur Isnin lalu.

Mereka dipindahkan secara berperingkat-peringkat sejak Isnin lalu sehingga malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 2:23 PM