Ismail (kiri) bersama Izhar  (kanan) bermesyuarat sebelum melancarkan Program Jelajah AADK sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Seramai 28 daripada 3,790 penjawat awam yang menjalani ujian saringan air kencing di negeri ini pada tahun lalu positif dadah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, semua individu terbabit bagaimanapun diletakkan di bawah Klinik Cure & Care 1Malaysia di Tampoi, Johor.

"Mereka diberi bimbangan dan mendapatkan rawatan di klinik terbabit, manakala kakitangan berstatus kontrak berdepan tindakan dibuang kerja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menerima kunjungan hormat 50 delegasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Hadir sama sempena Program Jelajah AADK 'Ekspedisi Membanteras Dadah' itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Taib dan Pengarah AADK Johor, Sidek Jaafar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 6:46 PM