KEBAKARAN memusnahkan 20 rumah. FOTO ihsan bomba
KEBAKARAN memusnahkan 20 rumah. FOTO ihsan bomba
KEBAKARAN memusnahkan 20 rumah. FOTO ihsan bomba
KEBAKARAN memusnahkan 20 rumah. FOTO ihsan bomba
Oleh Junaidi Ladjana


Tawau: Kira-kira 20 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Apas, Batu 2, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 4 petang itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah Mohd Afendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 petang.

"Sebanyak empat jentera dengan kekuatan seramai 38 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Api berjaya dikawal pada jam 5.19 petang dan dianggarkan sebanyak 20 rumah musnah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 7:34 PM