FOTO ihsan Bomba
FOTO ihsan Bomba
Oleh Junaidi Ladjana


Tawau: Dua puluh rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Apas Batu 2, dekat sini, petang tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 3 petang itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan selepas semua penduduk berjaya menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.15 petang dan sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian.

"Kebakaran memusnahkan sebanyak 20 rumah namun tiada sebarang mangsa dilaporkan.

"Api berjaya dikawal pada 4.30 petang dengan menggunakan sumber air terbuka," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 6:25 PM