BEASLEY (kanan) perlu lebih terbuka terima teguran.
BEASLEY (kanan) perlu lebih terbuka terima teguran.
Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab (gambar kecil) mahu ketua jurulatih negara John Beasley mencari jalan terbaik untuk meningkatkan prestasi Azizulhasni Awang bagi menghadapi Olimpik Rio.

Katanya, tegurannya selepas Azizulhasni sekadar memenangi pingat gangsa dalam acara pecut dan keirin di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) bulan lalu dilakukan dengan niat baik.

“Teguran saya bertujuan supaya beliau mencari jalan dalam tempoh beberapa bulan yang ada sebelum Olimpik untuk membaiki lagi prestasi pelumba. Bukan bertujuan untuk menghina atau memperlekehkan dirinya (Beasley),” kata Abu Samah.

Ketua jurulatih berbasikal negara Beasley dilaporkan berang dengan kenyataan awal Abu Samah yang kurang gembira apabila Azizul gagal meraih emas di saingan di Jepun itu.

Abu Samah dilaporkan berkata, kos untuk perbelanjaan skuad trek negara yang berlatih di Melbourne, Australia lebih tinggi berbanding apa diperoleh skuad lebuh raya ketika ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 6:21 AM