KAPAL yang tersadai di atas bumbung rumah selepas dilanda tsunami menjadi tarikan pelancong.
KAPAL yang tersadai di atas bumbung rumah selepas dilanda tsunami menjadi tarikan pelancong.
KEADAAN Masjid Baiturrahim selepas 12 tahun dilanda tsunami.
KEADAAN Masjid Baiturrahim selepas 12 tahun dilanda tsunami.
Oleh Nur Lela Zulkipli


Banda Aceh: Semuanya lenyap dan hanya kedengaran kicauan burung. Itu luahan rata-rata penduduk kota ini ketika diminta menggambarkan suasana daerah itu selepas tragedi tsunami pada 26 Disember 2004.

Namun, semua itu disifatkan sebagai permulaan bagi rakyat Aceh untuk bangkit semula dan terbukti selepas lebih sedekad, kepesatan pembangunan fizikal dan ekonomi pascatsunami dapat dilihat di seluruh wilayah itu.

Antara pembinaan baru serta penambahbaikan kemudahan awam termasuk jalan raya, kompleks kerajaan, hospital, klinik, pasar awam, terminal bas dan Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda di Banda Aceh yang menjadi pintu masuk utama pengunjung asing.

Bukti taraf hidup masyarakat juga semakin meningkat apabila pasar raya besar serta kawasan rekreasi seperti taman tema air turut bercambah dibina.

Selain itu, kegiatan pelancongan di Banda Aceh juga semakin meningkat di kota yang mengamalkan dasar pintu terbuka hasil perjanjian damai antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia yang dimeterai pada 2005.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 7:41 AM