BANDA ACEH: Aceh mengenakan perintah berkurung untuk wanita mulai jam 11 malam dengan alasan mahu mengurangkan keganasan seksual.

Datuk Bnadar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal, mengarahkan restoran, pusat sukan, kafe siber dan lokasi tumpuan pelancong tidak membenarkan wanita masuk selepas jam 11 malam kecuali mereka ditemani suami atau ahli keluarga.

Arahan itu yang bertarikh 4 Jun, juga melarang wanita bekerja di tempat dan premis berkenaan selepas jam 11 malam.

Aceh yang mendapat kuasa autonomi daripada kerajaan Indonesia, melaksanakan undang-undang Syariah pada 2006.

Ninik Rahayu dari Institut Kebajikan Wanita dan Kanak-Kanak Indonesia menganggap arahan itu sebagai diskriminasi. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 4:35 PM