KEADAAN kelam-kabut di depan kubu Chelsea.
KEADAAN kelam-kabut di depan kubu Chelsea.
AFP

London: Pengurus Arsenal Arsene Wenger menolak andaian anak buahnya berdepan kekangan mental ketika menentang pencabar London, Chelsea selepas tewas 0-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Arsenal bertekad kembali ke puncak Liga Perdana pada perlawanan itu, namun mereka sekadar menduduki tangga ketiga apabila Per Mertesacker dibuang padang dan jaringan Diego Costa memberikan Chelsea kemenangan 1-0.

Arsenal tidak pernah menewaskan Chelsea dalam sembilan perlawanan dan tidak pernah membolosi gawang mereka dalam tempoh sembilan jam 32 minit aksi liga, namun Wenger berkata, penyingkiran Mertesacker pada minit ke-18 selepas mengasari Costa, bermakna mustahil membandingkan perlawanan itu dengan yang sebelumnya.

“Saya fikir perlawanan hari ini istimewa. Kami bermain dengan 10 pemain dan terus ketinggalan 0-1. Biasanya anda kalah 0-3 atau 0-4 dalam perlawanan seperti itu,” katanya.

“Apabila anda perlu mengejar lawan, tiada yang lebih berbahaya daripada beraksi dengan 10 pemain. Secara keseluruhannya, kami pulang dengan kesalan kerana tidak boleh bermain dengan pasukan seperti ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 7:20 AM