ANGGOTA penyelamat Nicaragua memeriksa mayat mangsa di jeti Pulau Corn, semalam.
ANGGOTA penyelamat Nicaragua memeriksa mayat mangsa di jeti Pulau Corn, semalam.

Managua: Sekurang-kurangnya 13 maut apabila sebuah kapal kecil yang membawa 32 pelancong dari Amerika Latin, Amerika Syarikat dan Britain karam di perairan Pulau Little Corn milik Nicaragua di Caribbean.

Menurut jurucakap kerajaan Nicaragua yang juga wanita pertama Rosario Murillo, daripada 32 penumpang itu, 13 mati lemas, semuanya warga Costa Rica.

Katanya, penumpang lain terselamat dan dibawa ke Pulau Big Corn yang terletak berhampiran.

“Ia tragedi besar. Mereka ialah pelancong yang bercuti di Pulau Little Corn. Mereka ke sana walaupun, menurut tentera kami, mereka tidak sepatutnya berbuat demikian,” katanya.

Kepulauan Corn yang terdiri daripada Pulau Big Corn dan Little Corn terletak sekitar 70 kilometer dari tanah besar Nicaragua.

Meskipun agak terpencil, pulau berkenaan semakin popular dalam kalangan pelancong.

Menurut senarai yang dikeluarkan kementerian luar Costa Rica, kebanyakan 13 mangsa itu wanita. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 5:06 AM