London: Skuad England yang dahagakan kejayaan bakal muncul untuk membentuk masa depan lebih cemerlang buat pasukan kebangsaan selepas mereka mempamerkan keazaman tinggi pada separuh masa pertama berat sebelah menentang San Marino apabila Raheem Sterling dan Jordan Henderson berasa kecewa diberitahu oleh Roy Hodgson tugasan mereka pada perlawanan itu sudah berakhir.

"Saya bercakap kepada mereka, 'Saya akan mengeluarkan anda berdua' dan mereka melihat kepada saya semula, 'Jangan lakukannya kerana kami mahu terus berada di padang", kata pengurus England.

Sebaik saja Pengerusi FA England, Greg Dyke, meninjau padang 3G dan meningkatkan kejurulatihan remaja untuk menghasilkan pemain berkualiti, Hodgson sudah boleh memanggil beberapa bakat muda berpotensi tinggi.

Hodgson kini membentuk skuad kebanyakan berusia di bawah usia 25 tahun, terutamanya Sterling (19), Calum Chambers (19), Alex Oxlade-Chamberlain (21), Jack Wilshere (22), Danny Welbeck (23), Andros Townsend (23) dan Henderson (24), yang semua beraksi ketika menang 5-0 mengatasi San Marino.

Luke Shaw (19) tercicir dalam saingan Bawah-21 sementara pemain Everton berbakat semula jadi B-21, Everton, Ross Barkley dan John Stones membarisi skuad apabila berada tahap kecergasan terbaik.

Untuk mengekalkan keseronokan peningkatan bakat baru England daripada perspektif tertentu, adalah berbaloi mengimbau semula pemain skuad Jerman yang muncul juara Piala Dunia, Mario Gotze, yang sebaya dengan Wilshere. Bakat juga mempunyai kecenderungan dengan Hodgson merujuk kepada kemampuan Sterling.

Pemain remaja itu hadir ke dalam skuad itu dan terpaksa berdepan dengan jangkaan yang tinggi.

"Dia tidak berseorangan dalam hal itu," kata Hodgson.

"Ramai pemain mendapati perkara itu pada masa lalu. Wayne Rooney sebagai contoh. Kami sedar kepentingan menguruskannya.

"Saya tidak merasakan ia memerlukan pengurusan sehinggalah dia (Sterling) menunjukkan tanda dia mengalami masalah.

"Apabila dia menunjukkan petanda tidak lagi tajam seperti sebelumnya, tidak bermain dengan baik, terlalu mencuba, ia berkemungkinan menjadi saat kami perlu menguruskan dan merehatkan pemain terbabit. Bagaimanapun, ia bukan seperti itu buat masa ini dan saya tidak rasa Liverpool perlu berasa risau. Babak pertama begitu bertenaga seperti apa dapat dilihat."

Sterling, seperti Henderson, dikeluarkan pada waktu rehat untuk menyiapkannya berdepan Estonia di Tallinn, hari ini.

Keazaman tinggi Hodgson terhadap bakat skuad pemain difahami biarpun dia sedikit mengeluh apabila dikatakan penggantinya akan mendapat manfaat pada masa depan.

"Pasukan ini berusia antara 21 atau 22. Orang akan mengatakan mereka tidak akan mencapai tahap terbaik sehinggalah mereka berusia 27 atau 28 secara realistik. Saya menikmati keseronokan bekerjasama dengan mereka biarpun terdapat pengalaman baru untuk diraih. Saya menikmati setiap detik mereka menimba pengalaman dan mereka memberikan banyak perkara yang memberikan kepuasan kepada kami.

"Kami tidak tahu Sterling akan hadir tahun lalu menjadi pemain seperti sekarang. Kami tidak tahu Henderson pada peringkat awal hinggalah dia menyerlah di Liverpool. Kami tidak tahu Barkley muncul. Kami tidak tahu bagaimana Welbeck dan Daniel Sturridge, 25 mendapat peluang terbaiknya.

"Saya cukup bernasib baik berada di sini apabila ia berlaku dan saya menganggap potensi dimiliki cukup cerah untuk memastikan saya tidak bergantung kepada pemain berusia 30 tahun. Jika pemain terbabit bagus, saya boleh menyenaraikan mereka ke dalam pasukan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Oktober 2014 @ 12:20 AM