Aksi Chong Wei pada pusingan ketiga  GP Emas Masters Malaysia di Spice Arena, malam tadi. FOTO Mikail Ong
Aksi Chong Wei pada pusingan ketiga GP Emas Masters Malaysia di Spice Arena, malam tadi. FOTO Mikail Ong
Oleh Ferzalfie Fauzi


Georgetown: Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke suku akhir Grand Prix (GP) Emas Masters Malaysia selepas menumpaskan Derek Wong Zi Liang dari Singapura malam tadi.

Chong Wei mengambil masa 28 minit untuk mencatat kemenangan 21-10, 21-10 dalam saingan pusingan ketiga di Arena Spice, di sini.

Menanti Chong Wei di suku akhir esok ialah Ajay Jayaram dari India yang mengalahkan Zulfadli Zulkiffli 21-11, 8-21, 20-22.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 11:07 PM