REMY amat menjaga kualiti lakonan untuk kepuasan diri dan penonton.
REMY amat menjaga kualiti lakonan untuk kepuasan diri dan penonton.
Oleh Ramlah Zainal


Bukan ‘demand’, sebaliknya pelakon kacak Remy Ishak, 34, mengakui selepas muncul dalam drama bersiri Nur Kasih yang pernah mencetuskan fenomena sebelum ini, dia masih menanti watak yang mampu mencabar lakonannya.

Justeru, tidak hairanlah sejak kebelakangan ini tidak banyak drama lakonannya ditayangkan di televisyen.

Antara drama lakonannya yang sudah ditayangkan ialah #Antidot arahan Kabir Bhatia untuk slot Aksi (TV3) dan telefilem Tasbih Biru arahan Azma Aizal Yusoof bergandingan dengan Erra Fazira untuk siaran Astro Oasis.

Sebagai pelakon serius, pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak ini sangat menjaga kualiti lakonan sekali gus memberi kepuasan kepada dirinya dan penonton selepas lebih sedekad berkecimpung dalam bidang lakonan.

“Saya berlakon kerana ingin mengembangkan bakat dalam bidang lakonan. Sebab itu, pada awal kemunculan dulu ramai yang menganggap saya sombong kerana meletakkan soal populariti di nombor dua.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 6:12 AM