MAHDZIR ketika berucap di majlis Perutusan Tahun Baharu 2016. FOTO Mohd Fadli Hamzah
MAHDZIR ketika berucap di majlis Perutusan Tahun Baharu 2016. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Pendidikan perlu mendengar pandangan dari semua peringkat masyarakat terlebih dahulu sebelum mengubah format baru Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian sebenarnya sudah hampir untuk melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada murid Tahun Enam namun, terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan agar murid Tahun Enam menjalani 40 peratus pentaksiran dan 60 peratus peperiksaan.

"Kami perlu mendapatkan pandangan semua pihak dahulu sebelum melaksanakan perkara itu. Kami akan melakukan perbincangan sepanjang tahun ni dan jika berjaya, ia mungkin dilaksana dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada warga kementerian di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 2:54 PM