Tinjauan tempat pengumpulan bauksit di Pelabuhan Kuantan hari ini. FOTO  Luqman Hakim Zubir
Tinjauan tempat pengumpulan bauksit di Pelabuhan Kuantan hari ini. FOTO Luqman Hakim Zubir
Oleh Ibrahim Isa


Ledang: Kerajaan akan menggunakan tempoh tiga bulan ini untuk mengkaji prosedur operasi standard (SOP) perlombongan bauksit bagi mengelak kejadian pencemaran alam sekitar seperti di Kuantan, Pahang, berulang.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri berkata, pihaknya akan menggunakan tiga bulan ini untuk menyiasat sebarang kesalahan yang dilakukan pelombong.

"Pada masa sama, semua agensi di bawah kementerian kami akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Kami akan menilai tindakan syarikat yang melombong bauksit di Pahang itu, malah menambahbaik SOP sedia ada," katanya selepas menghadiri Program Sembang Santai Hati Ke Hati Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Gambir di sini, hari ini.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya tiada masalah dengan aktiviti pelombongan asalkan ia tidak mencemarkan alam sekitar dan mengganggu keselesaan, keselamatan dan kesihatan orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 8:40 PM