RAKAMAN menunjukkan lembu mengamuk dan menyerang orang ramai.
RAKAMAN menunjukkan lembu mengamuk dan menyerang orang ramai.

Lima: Satu rakaman video menunjukkan saat sekumpulan lembu mengamuk dan menanduk orang ramai yang menghadiri sebuah pesta di Peru sempena sambutan Tahun Baru.

Sekurang-kurangnya lapan cedera dalam acara larian lembu jantan itu yang bertukar huru-hara di Huancavelica, wilayah Cusco pada 2 Januari lalu.

Peserta dan penonton bertempiaran lari apabila lembu jantan itu mengejar orang ramai selain merempuh gerai makanan di situ.

Pada masa sama mereka cuba membantu orang yang cedera ditanduk atau dihimpit lembu berkenaan.

Dalam pesta tahunan selama empat hari bermula 30 Disember itu, lembu-lembu jantan dilepaskan di sebuah padang . - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 6:50 AM