SYAMPU dihasilkan khusus buat mereka miliki rambut halus, mudah putus dan nipis.
SYAMPU dihasilkan khusus buat mereka miliki rambut halus, mudah putus dan nipis.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Masalah rambut gugur amat merunsingkan hingga ada yang takut untuk mencuci atau menyikat kerana bimbang semakin banyak yang gugur hingga menjadi semakin menipis.

Berikutan itu, produk penjagaan rambut, Biothymus AC Active, memberi pilihan kepada pengguna yang mahu mendapatkan rambut lebih sihat dan bebas masalah kulit kepala.

Formulasi terbarunya yang berasaskan bahan spesifik seperti Condaralact Complex dan Sh-Polypeptide-9, membantu mengukuhkan rambut dari akar.

Condaralact Complex ialah bahan pengaktif bio metabolik berasaskan lactoglobulin dan condramine yang membantu menyubur serta menggalakkan pertumbuhan folikel rambut lebih sihat.

Lactoglobulin ialah sejenis protein yang biasanya terdapat di dalam susu. Mudah digunakan, produk itu terdiri daripada syampu Biothymus AC Active Volumizing (untuk rambut nipis), syampu Biothymus AC Active Restructuring (untuk rambut rosak), Biothymus AC Active Treatment Lotion dan Biothymus AC Active Anti Hair-Loss Treatment Vials.

Biothymus AC Active Volumizing ialah syampu antirambut gugur dihasilĀ­kan khusus buat mereka yang memiliki rambut halus, mudah putus dan nipis.

Manakala syampu Biothymus AC Active Restructuring khusus untuk mereka yang bukan saja keguguran rambut secara serius, tetapi memiliki rambut rosak, mudah putus dan semakin menipis.

Biothymus AC Active Anti Hair-Loss Treatment Vials pula rawatan susulan selepas syampu yang menyerap jauh ke dalam folikel menerusi lapisan epidermis dan memperbaiki mutu folikel.

Ia diserap secara berkala dan sistem rawatan unik itu membolehkan ia digunakan sekali setiap tiga hari untuk menyuburkan rambut.

Bagi memudahkan aplikasi, rawatan susulan berkenaan tidak melekit atau berminyak, sebaliknya menjadikan rambut kelihatan lebih segar.

Losen Biothymus AC Active Treatment pula sesuai sebagai rawatan penjagaan selepas rambut dirawat dengan Biothymus AC Active Anti Hair-Loss Treatment Vials, bagi memanjangkan kesan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 4:54 AM