Pada tahun kebelakangan ini, solekan bersifat semula jadi menjadi satu gaya hangat di Korea Selatan. Bedak asas yang memberikan ­hasil wajah mulus dan sempurna seolah-olah ­tiada solekan serta ­keinginan untuk mendapatkan kulit cerah berseri dan sempurna membuatkan krim BB menjadi tumpuan.

Singkatan untuk krim Blemish Balm, pada asalnya ia sejenis krim membaik pulih parut yang dibangunkan pakar Jerman digunakan dalam bidang perubatan kosmeseutikal bagi tujuan pengunaan selepas rawatan kecantikan, tidak hanya untuk me­nyembunyikan kecacatan kulit, tetapi juga untuk membaik pulih kulit yang rosak.

Penjagaan kulit dan penggunaan bedak asas boleh dilakukan dengan hanya satu langkah. Ia memudahkan prosedur pemakaian solekan yang kompleks dan sesuai untuk wanita metropolitan yang sibuk.

For Beloved One, sebuah jenama kosmeseutikal terkemuka dalam bidang pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan melancarkan krim BB pertama Melasleep Whitening Blemish Balm Cream di Taiwan, yang dihasilkan untuk kulit wanita Asia.

Krim semua dalam satu yang memberi kesan ­pemutihan, pembaik pulih kulit serta menyembunyikan kecacatan kulit ini mengandungi formula ­farmaseutikal terkenal Lumiskin, derivatif vitamin C, ekstrak bali dan minyak mawar untuk memberikan rawatan pemutihan dan membaik pulih kulit yang sempurna.

Sesuai untuk kulit berjerawat atau sensitif serta ton warna yang dirumus khas iaitu warna yang sesuai dengan ton kulit berbeza, ia menjadikan kulit kelihatan lebih lembut dan semula jadi.

Selepas penggunaan produk penjagaan kulit asas, sapu krim BB dengan jumlah yang dikehendaki dan ratakan pada kulit secara seimbang. Bagi mereka yang perlu keluar secara tergesa-gesa, tetapi tidak mahu mengenakan solekan menyeluruh, produk ini membantu anda mendapatkan kulit wajah semula jadi.

Krim BB berharga RM115 ini dijual di Sephora Paradigm Mall, Starhill Gallery, Suria KLCC, Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang, Sunway Pyramid dan Nu Sentral.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 5:00 AM