NAWAWI menunjukkan poster Langit Cinta. FOTO Hamzah Osman
NAWAWI menunjukkan poster Langit Cinta. FOTO Hamzah Osman
Oleh Hamzah Osman


Langkawi: Orang ramai berpeluang menonton filem terbaru arahan Osman Ali, 'Langit Cinta' bersama heroinnya, Nur Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin secara percuma, di sini, Khamis ini.

Program ‘Langit Cinta - Sesi Bertemu Peminat’ di pawagam di pusat beli-belah Langkawi Parade, di sini, dianjurkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Nawawi berkata, selain berpeluang menonton bersama Nur Fazura, orang ramai juga berpeluang beramah mesra dengan pelakon jelita itu dalam sesi khas mulai 8 malam.

"Kita sasarkan lebih 400 orang menonton filem ini bersama Nur Fazura dan Osman Ali membabitkan dua sesi tayangan iaitu mulai 5.15 petang dan 10.45 malam, manakala sesi bertemu peminat tiada had pengunjung.

"Filem ini amat istimewa untuk penduduk Langkawi kerana kira-kira 80 peratus penggambarannya dilakukan di Pulau Tuba di sini, malah 15 penduduk turut terbabit sebagai pelakon tambahan," katanya.

Filem Langit Cinta yang diadaptasi daripada novel karya Damya Hanna menampilkan barisan pelakon Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan dan Dian P Ramlee.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 11:42 AM