Oleh Wahi Aziz


Bagi tiga pelakon ini, bersatu dalam satu skrin untuk sebuah naskhah berat dikenali Langit Cinta adalah kesempatan yang amat bernilai.

Demikian kenyataan yang diakui Nur Fazura Sharifuddin, Farid Kamil dan Keith Foo ketika memenuhi sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini sempena filem arahan Osman Ali itu.

Nur Fazura, 32, berkata, pengalaman menterjemahkan watak Khadijah disifatkannya sebagai komitmen lakonan terbaiknya setakat ini.

“Saya memberikan sehabis baik untuk Khadijah. Ia watak yang besar dan berbeza daripada apa yang pernah saya jayakan selama lebih 10 tahun dalam bidang ini.

“Saya boleh katakan sepanjang terbabit dalam filem ini, saya umpama berperang dengan diri sendiri kerana tuntutan emosi yang berat daripada Khadijah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 6:40 AM