JOKOWI melihat matahari terbit pada hari pertama 2016 di dermaga pantai Waiwo di Raja Ampat, Papua Barat.
JOKOWI melihat matahari terbit pada hari pertama 2016 di dermaga pantai Waiwo di Raja Ampat, Papua Barat.

Raja Ampat (Indonesia): Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yakin sektor pelancongan negara itu akan berkembang baik pada tahun ini.

Jokowi juga percaya dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, sasaran kedatangan 20 juta pelancong asing ke negara itu akan dicapai.

“Kita mempunyai banyak lokasi menarik.

“Sasaran 20 juta pelancong akan dicapai,” katanya ketika menikmati pemandangan matahari terbit di pantai Waiwo, di sini semalam.

Namun, untuk mencapai sasaran itu, Jokowi berkata, banyak perkara perlu diambil perhatian seperti promosi dan penambahbaikkan produk pelancongan.

Bagi Raja Ampat, tambah Jokowi, ada tiga perkara perlu disediakan iaitu memanjangkan lapangan terbang dan pembesaran terminal, dan pelabuhan serta pengangkutan feri.

“Feri diperlukan untuk membawa pelancong ke pulau-pulau di sini,” jelasnya.

Jokowi juga meminta menteri pelancongan menjadikan Raja Ampat pusat pelancongan eksklusif.

Tambahnya, selain Raja Ampat, Labuan Bajo juga sebuah destinasi pelancongan popular. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 6:10 AM