Mangsa cedera dibantu orang awam
Mangsa cedera dibantu orang awam
Oleh Khalid Latip


SIBU: Seorang lelaki berusia 26 tahun maut manakala empat rakan parah selepas pacuan empat roda dinaiki terbabas dan terbalik dalam kemalangan berhampiran Kampung Sedau, Tanjung Manis, kira-kira 3 petang, hari ini.

Kemalangan mengorbankan Noor Azan Dhairi, 26, manakala rakannya, Halfatika Haldin, 26; Maidi Busri, 37; Abdul Karim Keri, 35, dan Zulfikar Zawawi, 21, cedera dan menerima rawatan di Hospital Sibu.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda dinaiki lima sekawan dalam perjalanan dari Sibu untuk pulang ke kampung halaman, di Kampung Penibong.

“Noor Azan maut di tempat kejadian. Polis masih menjalankan siasatan dan jasad dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 7:09 PM