KEBAKARAN di Hospital Besar Jazan menyebabkan 25 orang maut dan 107 cedera. FOTO Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi
KEBAKARAN di Hospital Besar Jazan menyebabkan 25 orang maut dan 107 cedera. FOTO Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi

Riyadh (Arab Saudi): Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan 107 lain cedera dalam kebakaran hospital di Jazan, selatan Arab Saudi, hari ini.

Menurut agensi pertahanan awam Arab Saudi, kebakaran itu berlaku di tingkat pertama unit rawatan rapi dan wad bersalin Hospital Besar Jazan.

Katanya, 21 pasukan pertahanan awam mengambil bahagian dalam usaha memadamkan kebakaran.

Operasi memadamkan kebakaran sudah tamat dan punca kebakaran sedang disiasat, katanya.

Menurut akhbar Al Riyadh, jurucakap pertahanan awam berkata, agensi itu menerima laporan kebakaran pada kira-kira 2 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia). - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 2:04 PM