RAFIZAH (tiga dari kanan) dan pasukan terapinya tawarkan khidmat rawatan mengikut keperluan tubuh pelanggan.
RAFIZAH (tiga dari kanan) dan pasukan terapinya tawarkan khidmat rawatan mengikut keperluan tubuh pelanggan.
ANTARA rawatan menenangkan tubuh dan minda yang disediakan di Cintami Beauty & Spa.
ANTARA rawatan menenangkan tubuh dan minda yang disediakan di Cintami Beauty & Spa.
RAWATAN wajah lazimnya jadi pilihan bersama kombinasi urutan dan lulur.
RAWATAN wajah lazimnya jadi pilihan bersama kombinasi urutan dan lulur.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Berurut, bersauna dan melulur sememangnya berupaya menghilangkan kelesuan tubuh selepas penat bekerja.

Ditambah dengan keadaan persekitaran ketika ini dan beberapa faktor lain yang menyesakkan minda, diri mudah rasa tertekan serta terbeban dengan tanggungjawab yang ada.

Tidur atau rehat yang cukup bersama gaya hidup sihat menerusi pemakanan dan senaman dapat membantu memberikan kesan tubuh yang lebih segar.

Namun, sesekali fizikal dan minda juga ingin dibelai serta diberi perhatian khusus lalu rawatan urutan lebih menjadi perhatian berbanding yang lain.

Urutan juga bukan sebarang urutan kerana jika tersilap memilih rawatan, bukan hanya fizikal yang merana, malah membawa hingga ke aspek psikologi.

Seperti apa yang ditawarkan di Cintami Beauty & Spa yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor, rawatan urutan tanpa had masa menjadi tumpuan utama kerana ia membantu tubuh merasai kelegaan pada tahap maksimum.

Jelas pengasasnya, Rafizah Hashim, rawatan berkonsepkan tradisional Melayu dan Indonesia turut diketengahkan di spa terbabit susulan hasil serta maklum balas positif.

“Keistimewaan di Cintami ialah rawatan urutan tradisional yang tiada batasan masa. Konsep tiada batasan masa ini dapat membantu pengunjung memperoleh kelegaan dan kepuasan maksimum dalam rawatan, sekali gus membantu mereka mengurangkan masalah kelesuan atau ketegangan yang dialami.

“Kami juga memberi kebebasan kepada pengunjung untuk berehat malah boleh tidur di spa selepas melakukan rawatan. Ini dapat membantu mereka rasa lebih segar dan mendapat kelegaan berpanjangan,” katanya.

Selain menyediakan tiga jenis urutan iaitu tradisional, Bali dan urutan Swedish, spa yang dikhususkan kepada wanita ini turut memberi perkhidmatan rawatan lulur, wajah serta pelbagai jenis mandian.

Skrub Jamu iaitu rawatan sentalan atau lulur menggunakan jamu adalah antara rawatan yang popular di Cintami.

Sejak tujuh tahun spa ini dibuka, rawatan Skrub Jamu sentiasa menjadi pilihan kombinasi bersama urutan.

Ramuannya dihasilkan sendiri oleh Rafizah dengan menggunakan beras, limau nipis, cekur, halia dan diadun bersama lima jenis jamu terpilih.

Tanpa mengenepikan keperluan rawatan wajah, Rafizah turut memperkenalkan rawatan penuh menggunakan rangkaian produk Aura Cintami antaranya serum Aura Cintami Diamond Lifting Stem Cell dan krim Aura Cintami Diamond UV SPF 35.

Dua produk tumpuan itu boleh juga didapati secara berasingan dan mudah dibawa serta sesuai untuk hampir semua jenis kulit wajah.

Serum Aura Cintami Diamond Lifting Stem Cell diperkaya sel stem anggur dan mutiara bagi melembapkan kulit, di samping meningkatkan kesihatan kulit wajah secara keseluruhannya.

Serum lembut ini memberi pertahanan harian untuk membaiki kulit dengan mengurangkan kedutan, sekali gus menegangkan kulit, memudarkan jeragat dan mengurangkan kecelaan. Hasilnya - ton kulit lebih sekata dan struktur dalaman kulit yang lebih anjal.

Sementara itu, krim Aura Cintami Diamond UV SPF 35 bertindak memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pancaran sinar UV.

Teksturnya yang tidak berminyak dan ringan membantu mengawal kelembapan kulit, hasil formula moden yang membantu meremajakan lagi kulit wajah.

“Dua produk baru ini diformulasi dari Perancis dan ia membantu merawat masalah kulit wajah yang biasanya dialami wanita lingkungan usia 40-an dengan penggunaan berterusan.

“Ia diklasifikasikan sebagai produk khas penjagaan kulit wajah dan bukannya produk penjagaan wajah seperti yang lazimnya berada di pasaran.

“Bagi saya, produk yang baik bertindak dari dalam dan kulit yang sihat itu kemudiannya akan menampilkan aura kecantikan luaran,” tambahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 12:42 PM