ANGGOTA polis membawa tertuduh ke dalam lokap. FOTO Aizuddin Saad
ANGGOTA polis membawa tertuduh ke dalam lokap. FOTO Aizuddin Saad
Oleh Sarah Zulkifli

sarah @hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penjaga tempat letak kenderaan yang terbabit dalam insiden kekecohan di kedai telefon bimbit di Kompleks Kota Raya, Ahad lalu dipenjara empat hari dan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mengugut lima jurujual untuk memecahkan premis itu.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairuddin Arbi@Omar, 38, apabila tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan, iaitu 20 Disember lalu selain tambahan penjara dua bulan lagi, jika gagal membayar denda.

Tertuduh yang memakai baju kemeja-T berwarna merah itu kelihatan tenang sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu, pada 5 petang, 20 Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 4:50 PM