MESSI (tengah) jalani latihan bersama rakan sepasukan.
MESSI (tengah) jalani latihan bersama rakan sepasukan.
AFP

Yokohama: Jurulatih Barcelona Luis Enrique menafikan dakwaan pelik mengenai konspirasi membabitkan tonggak utama Lionel Messi yang mengalami kecederaan sebelum final Piala Kelab Dunia menentang River Plate di Jepun hari ini.

Messi tidak beraksi ketika mereka menang 3-0 pada aksi separuh akhir ke atas Guangzhou Evergrande berikutan sakit perut dan Enrique kelihatan bingung apabila wartawan Argentina menegaskan ketiadaan Messi di khalayak ramai sesuatu yang misteri.

Sambil menggeleng kepala, Enrique sambil tersenyum berkata: “Oh, tolonglah! Lihat, tiada apa yang misteri. Kami tidak menyorok apa-apa.”

Untuk menegaskan apa yang dimaksudkannya beberapa minit kemudian, Messi dilihat berjoging untuk menyertai latihan di Yokohama, mencerahkan kemungkinan dia mungkin menggalas tugas pada perlawanan akhir apabila Barca menjadi pasukan pertama menjulang gelaran itu tiga kali.

Memandangkan Neymar juga hampir cergas selepas cedera pangkal paha, juara Eropah itu bakal menurunkan kedua-dua pemain itu menentang River bersama-sama Luis Suarez yang menjaringkan hatrik Khamis lalu. Hatrik itu yang pertama dalam Piala Kelab Dunia.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2015 @ 5:18 AM