Yokohama: Luis Suarez meledak hatrik ketika Barcelona beraksi tanpa Lionel Messi akibat masalah buah pinggang - menewaskan kelab China Guangzhou Evergrande 3-0 dan mara ke final Piala Dunia kelab sebentar tadi.
Gergasi Sepanyol itu akan berdepan jaguh Argentina River Plate pada final Ahad ini untuk mencari gelaran kali ketiga dalam kejuaraan itu.
Suarez membuat jaringan m-39, 50 dan menyudahkan penalti m-67 untuk mengumpul 21 jaringan musim ini. AFP