MESSI (kiri) memegang trofi Kelab Dunia sambil diperhatikan Neymar (dua dari kanan).
MESSI (kiri) memegang trofi Kelab Dunia sambil diperhatikan Neymar (dua dari kanan).
AFP

Yokohama: Lionel Messi kembali daripada masalah kesihatan dengan menjaringkan gol cantik bagi membantu Barcelona menewaskan kelab Argentina River Plate 3-0 sekali gus mencatat rekod tiga gelaran Piala Kelab Dunia, semalam.

Pasukan gergasi Sepanyol itu menyambut kepulangan Messi selepas masalah batu karang dan pemain Argentina itu menjaringkan gol pada minit ke-36 sebelum dua jaringan Luis Suarez meranapkan harapan River.

“Kami datang ke sini untuk menang dan penting dapat menyempurnakan tugas itu,” kata Suarez.

“Kami tenang dan mengekalkan rentak permainan hinggalah Leo menjaringkan gol pertama.

“Apa yang lebih penting daripada jaringan saya adalah peluang memegang trofi itu.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 5:10 AM