Senapang buatan sendiri dan peluru yang dirampas. - Foto Ihsan PDRM
Senapang buatan sendiri dan peluru yang dirampas. - Foto Ihsan PDRM
Oleh Junaidi Ladjana

Sandakan: Enam lelaki ditahan dan merampas selaras senapang buatan sendiri serta empat butir peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Cina, Batu 12, dekat sini, petang semalam.

Dalam serbuan jam 1.45 petang itu, semua suspek berusia antara 32 hingga 49 tahun ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan susulan maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain berkata, seorang suspek cedera di kaki selepas terjun dari rumah bagi mengelak diberkas polis.

"Pemeriksaan menemui selaras senapang buatan sendiri milik suspek yang diberkas.

"Pemeriksaan lanjut juga menemui empat peluru jenis ‘12 buck shot’ dan polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan senjata dan peluru berkenaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Caption:

1. SENJATA buatan sendiri dan empat butir peluru dirampas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 8:54 PM