LOKASI penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit berhampiran Jalan Kampung Sri Keledang - FELDA Gedangsa. FOTO Ihsan Pembaca.
LOKASI penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit berhampiran Jalan Kampung Sri Keledang - FELDA Gedangsa. FOTO Ihsan Pembaca.
Rosman Shamsudin


Hulu Bernam: Suasana kampung gempar selepas dikejutkan penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit Kampung Sri Keledang, dekat sini, jam 6 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Keledang, Ibrahim Isham Ismail berkata, dia terus ke tempat kejadian selepas dimaklumkan seorang penduduk.

Katanya, dia sungguh terkejut penemuan mayat wanita di ladang berkenaan yang jaraknya kira-kira 700 meter dari Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Keledang.

"Jalan ke lokasi kejadian adalah jalan yang digunakan penduduk kampung jika ada urusan di Behrang dan Tanjung Malim, Perak," katanya.

Ibrahim Isham berkata, jalan berkenaan biasanya dilalui penduduk pada waktu siang sahaja kerana pada waktu malam, jalan berkenaan agak sunyi.

"Saya harap penduduk yang menggunakan jalan berkenaan supaya berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran jalan berkenaan," katanya.

Semalam, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan 6 petang di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita berkenaan.

Berita berkaitan

Jenazah Nur Farah Kartini mungkin dikebumi di Miri

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Penjawat awam direman 7 hari

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Penjawat awam dibawa mahkamah untuk proses reman

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek penjawat awam direman esok

Abang Nur Farah Kartini ke lokasi penemuan mayat

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 11:51 AM