Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. FOTO Asyraf Hamzah
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. FOTO Asyraf Hamzah
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Difahamkan, dia dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

Kereta polis yang membawa suspek berusia 26 tahun tiba di perkarangan mahkamah pada 8.48 pagi.

Suspek dilihat memakai pelitup muka dan memakai baju lokap polis berwarna oren.

Terdahulu, seawal 8 pagi, pengamal media mula berkumpul di perkarangan mahkamah ini bagi membuat liputan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita berkaitan

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek penjawat awam direman esok

Abang Nur Farah Kartini ke lokasi penemuan mayat

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 9:12 AM