KEADAAN helikopter yang terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi semalam.
KEADAAN helikopter yang terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi semalam.
BERNAMA

Kota Kinabalu: Warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu hari ini mengadakan bacaan Yasin dan tahlil buat anggota yang terkorban dalam nahas udara di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

Markas Pemerintahan Armada Timur dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan bacaan Yasin dan tahlil itu diadakan di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar di sini.

Menurut hantaran itu warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

"Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan akan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.

"Kami mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan bersemadi bersama orang yang beriman dan beramal soleh," menurut hantaran berkenaan.

TLDM hari ini mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

HOM-AW139 terbabit dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Berita berkaitan

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 4:39 PM