HAFIZUL akan dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Azrol Abdullah jam 9 pagi ini. FOTO Aizuddin Saad
HAFIZUL akan dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Azrol Abdullah jam 9 pagi ini. FOTO Aizuddin Saad
Faris Fuad


Sepang: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tiba di Kompleks Mahkamah di sini pagi ini, untuk pendakwaan.

Mengikut sistem mahkamah, pertuduhan ke atas lelaki itu, Hafizul Hawari, 38, akan dikemukakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azrol Abdullah, jam 9 pagi.

Pengurus syarikat pelancongan berkenaan yang bergari dan dikawal ketat oleh polis dilihat masuk kawasan mahkamah pada 8.15 pagi.

Hafizul memakai baju hitam dan pelitup muka kelihatan tenang ketika dirakam foto dan video oleh sekumpulan pengamal media yang berkumpul sejak 7.45 pagi.

Semalam, Hafizul yang juga pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api.

Hafizul mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Lelaki itu kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

Dalam kejadian 1.20 pagi 15 April lalu, seorang lelaki dipercayai melepaskan dua das tembakan terhadap seorang wanita yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 .

Satu das tembakan tersasar, manakala satu lagi terkena perut pengawal peribadi wanita itu .

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 9:07 AM