Siti Aminah Mohd Yusof


Georgetown: "Mama papa, balik baik-baik," itu pesanan diucap Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, dalam pertemuan terakhir bersama ibu bapanya di rumah anak sulung daripada tujuh beradik itu di Manjung, Perak, Isnin lalu.

Indon Hussin, 67, berkata, menjadi rutin setiap bulan dia dan suami Ramli Abd Hamid, 68, pergi ke rumah milik Allahyarham Muhammad Firdaus selepas anaknya berpindah ke Sabah.

Menjadi kebiasaan buat pasangan itu untuk membantu menjaga kebersihan rumah itu selain sekali sekala mereka akan mendapat kesempatan bertemu Pegawai Memerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekiranya Allahyarham singgah pulang dari Pangkalan Udara TLDM Lumut, Perak.

Pasangan itu juga sempat menyambut Aidilfitri bersama Muhammad Firdaus pada hari raya ketiga dan keempat di rumah berkenaan.

"Semasa nak balik itu, memang selalu dia akan cakap. Mama papa balik baik-baik. Itu kebiasaan bila nak balik, dia akan peluk dan cium," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pantai Jerejak, di sini, semalam.

Indon bercerita, anaknya yang dikenali sebagai 'Tuan Kechik' terutamanya dalam kalangan rakan-rakan sekerjanya bercita-cita menyertai pasukan tentera dan menjadi juruterbang sejak kecil.

"Dia dipanggil Tuan Kechik kerana badannya kecil. Tetapi jiwanya besar. Dia sebenarnya paling minat dengan jet pejuang.

"Dia juga seorang yang tegas berkaitan dengan masa. Sampai kadang-kadang kami cakap dengan dia secara bergurau, kami orang awam, bukan tentera," ujarnya.

Indon turut menyifatkan anak sulungnya itu seorang anak yang bertanggungjawab, mengambil berat dalam soal keluarga dan menjadi contoh ikutan buat adik-adiknya.

"Memang dia anak paling baik, bertanggungjawab. Semua anak-anak lain pun sangat baik. Cuma bila dia anak sulung, dia jadi contoh untuk adik-adik.

"Walaupun dia duduk jauh, dia selalu telefon bertanya khabar ibu bapa, adik-adik apa yang berlaku di rumah, selalu macam itu.

"Mak cik yakin, kalau mak cik meninggal dulu daripada dia, dia boleh jaga adik-adik tapi dia yang pi (pergi) dulu...Allah sayang dia tapi sedihnya dia tinggalkan anak yang masih kecil," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Berita Berkaitan

Pemergian Sivasutan 'ragut' kebahagiaan keluarga kami - Bapa

Bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga nahas helikopter TLDM

Penduduk kampung tunggu 'kepulangan' Joanna Felicia

Wan Rezaudeen Kamal beritahu mahu pencen awal

'Anak pertama kami dan yang pertama tinggalkan kami' - ibu Mohd Shahrizan

Laporan interim tragedi helikopter TLDM siap 2 minggu

Lembaga Siasatan TLDM siasat insiden helikopter - PAT

DUN Sabah bertafakur untuk mangsa nahas helikopter

Peniaga dengar bunyi helikopter terbang rendah

Perjalanan terakhir 10 perwira

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 10:05 PM
JENAZAH Muhammad Firdaus diberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang hari ini. FOTO Mikail Ong.
JENAZAH Muhammad Firdaus diberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang hari ini. FOTO Mikail Ong.