GAMBAR hiasanI
GAMBAR hiasanI
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Inspektor polis ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan susulan laporan diterima daripada mangsa pada 9.21 malam kelmarin.

Katanya, mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 6 petang hari sama laporan dibuat di kawasan Johor Jaya.

"Susulan itu pegawai polis berusia 29 tahun ditahan di kawasan Bandar Seri Alam pada 11 malam hari sama dan polis merampas telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

"Dia direman enam hari bermula semalam hingga 28 April untuk siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes dan mereka yang mempunyai sebagai maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkannya ke talian Hotline Polis di 0192792095.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 5:57 PM