ANGGOTA penguat kuasa DBKL menyita peralatan berniaga seorang warga asing yang menjual jagung bakar tanpa lesen di kaki lima. FOTO Ihsan DBKL
ANGGOTA penguat kuasa DBKL menyita peralatan berniaga seorang warga asing yang menjual jagung bakar tanpa lesen di kaki lima. FOTO Ihsan DBKL
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Sikap keras kepala warga asing yang menjaja di kaki lima membawa padah apabila peralatan niaga dan gerai jagung bakar miliknya disita di Jalan Saloma, di sini, kelmarin.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, tindakan diambil mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

"Antara barangan yang disita adalah jagung, papan alas, dapur panggang, rak plastik dan lain-lain peralatan.

"Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Taman Miharja, Cheras untuk dokumentasi dan tindakan lanjut," katanya dalam hantaran di Facebook.

Katanya, pemantauan berterusan akan dilaksanakan menerusi tindakan khas meliputi 11 kawasan parlimen di ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 11:01 AM