GAMBAR fail sebuah kereta terbabit kemalangan di Kilometer 362.3, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) dekat Bukit Besi.
GAMBAR fail sebuah kereta terbabit kemalangan di Kilometer 362.3, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) dekat Bukit Besi.
Hakimi Suria Kencana


Kuala Lumpur: Jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan peningkatan apabila merekodkan sebanyak 2,146 kes di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan di Facebook rasmi hari ini memberitahu jumlah itu meningkat sebanyak 161 kes berbanding 1,985 kes yang dicatatkan kelmarin.

"Namun, jumlah kematian turun lapan kes daripada 20 kepada 12 kematian, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dipetik berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan pelaporan yang akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 6:29 PM