Anthony Loke
Anthony Loke
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Jumlah kemalangan jalan raya menurun apabila merekodkan sebanyak 1,879 kes di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jumlah itu menurun sebanyak 80 kes berbanding 1,959 kes yang dicatatkan, kelmarin.

Berdasarkan laporan itu, jumlah kematian turut mencatatkan penurunan sebanyak empat kes apabila merekodkan 13 kematian, semalam berbanding 17 kematian, kelmarin.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dipetik berkata, tindakan itu dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 1:16 PM