GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan 1,856 kes di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jumlah itu meningkat sebanyak 30 kes berbanding 1,826 kes yang dicatatkan kelmarin.

Berdasarkan laporan itu, jumlah kematian pula mencatatkan penurunan sebanyak enam kes apabila merekodkan 18 kematian, semalam berbanding 24 kematian kelmarin.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, pelaporan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 1:19 PM