PENGANGGUR mengaku bersalah merogol dan mencabul anak perempuannya. FOTO L Manimaran
PENGANGGUR mengaku bersalah merogol dan mencabul anak perempuannya. FOTO L Manimaran
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 17 April depan untuk memutuskan hukuman ke atas seorang penganggur yang mengaku bersalah merogol dan mencabul anak perempuannya, bulan lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun membuat pengakuan salah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani dalam prosiding hari ini.

Mengikut kertas pendakwaan, lelaki itu didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 19 tahun di sebuah rumah di Batu Gajah antara 10 hingga 12 malam, Februari lalu.

Tertuduh yang juga bapa kepada enam anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Tertuduh dalam pada itu turut didakwa dengan pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anak perempuannya itu di lokasi sama pada 8.30 pagi, 20 Mac lalu.

Pendakwaan bagi jenayah kekerasan dengan niat mencabul itu dibaca mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 12:46 PM