ANWAR berbual dengan seorang kanak-kanak ketika Majlis Iftar Madani (MIM) di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ANWAR berbual dengan seorang kanak-kanak ketika Majlis Iftar Madani (MIM) di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Zanariah Abd Mutalib


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan, tiada hari kelepasan am tambahan akan diberikan kerajaan pada 12 April ini, sempena Aidilfitri.

"12 April ini kita kena ada semangat kerja," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang memberi hari kelepasan am tambahan pada 12 April ini, yang jatuh pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar Madani (MIM) di sini, hari ini.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini, yang jatuh pada Rabu dan Khamis.

Pada tahun lalu, kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal yang hanya akan dibuat pada Khamis, 20 April 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2024 @ 8:46 PM