GAMBAR fail. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR fail. FOTO Arkib NSTP
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Kerajaan Johor mengisytiharkan 26 Mac bersamaan Ahad, sebagai Hari Kelepasan Am.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata hari kelepasan am itu diberikan sekiranya Awal Ramadan jatuh pada 23 Mac.

Katanya, ia berikutan 23 Mac adalah hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang juga cuti umum di negeri ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 Mac atau Khamis adalah Hari Kelepasan Am bagi Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim.

"Sekiranya Awal Ramadan yang juga Hari Kelepasan Am bagi Johor jatuh pada tarikh yang sama, Kerajaan Johor bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac 2023 (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am.

"Ia selaras dengan dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)," katanya dalam kenyataan pada Khamis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2023 @ 12:29 PM