MAGIKA Raya @B5  yang berlangsung  sehingga 9 April ini dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
MAGIKA Raya @B5 yang berlangsung sehingga 9 April ini dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Kemeriahan Aidilfitri semakin dirasai dan rata-rata orang ramai sudah mula membuat persediaan menyambut lebaran.

Bagi warga Johor, Kempen Hari Raya B5 Johor Street Market yang diadakan di Pusat Komersil B5 Johor Street Market di bawah Johor Land Berhad menyajikan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik.

Bertemakan Magika Raya @B5, Kempen Hari Raya B5 Johor Street Market yang berlangsung sejak 25 Februari sehingga 9 April ini dibuka dari jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam.

Selain memenuhi keperluan pelanggan dalam melakukan persediaan awal, terdapat juga lebih 100 vendor dari pelbagai jenama antaranya Bulan Bintang, Elrah Exclusive, Adnaa, Fazbulous, Dang Anum, Eastana Exclusive, Intan Aziz, Orifake dan banyak lagi vendor menarik.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk bertemu selebriti terkenal tanah air di gerai-gerai selebriti yang akan bersama-sama B5 Johor Street Market untuk menjayakan kempen berkenaan.

Selain tawaran jualan fesyen pakaian, kempen ini juga menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih dan kudapan raya yang pastinya akan memikat selera tetamu yang bertandang ke rumah anda Syawal nanti.

Sepanjang Ramadan ini juga, B5 Johor Street Market turut menganjurkan Bazar Iftar ke Moreh yang menawarkan pelbagai menu juadah berbuka dan moreh yang juga beroperasi sehingga jam 12.00 tengah malam.

Sempena Kempen Magika Raya @ B5 ini juga, pihak B5 turut menganjurkan program Bubur Lambuk Magika Raya B5 Johor Street Market.

Program gotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk percuma oleh anggota pekerja pengurusan B5 Johor Street Market ini pula adalah sebahagian aktiviti tanggungjawab koporat (CSR) yang dianjurkan pada Ramadan setiap tahun.

Menariknya, buat julung kalinya program tahunan ini diadakan setiap minggu iaitu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan pada 15 Mac, 22 Mac, 29 Mac dan 5 April di Parkir Terbuka B Johor Street Market berhadapan Angsana Mall.

Manakala waktu edaran bubur lambuk pula bermula dari jam 3 petang iaitu selepas solat Jumaat sehingga selesai.

Berikutan sambutan menggalakkan setiap tahun, kali ini sebanyak 500 hingga 1,000 bekas bubur lambuk akan diedarkan setiap minggu kepada orang ramai terutama pengujung yang datang ke B5 Johor Street Market.

Justeru, bagi semua bangsa Johor dan yang berdekatan, jangan lepaskan peluang berbelanja raya di B5 kerana pelbagai pilihan menarik menanti anda!

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.facebook.com/B5JohorStreetMarket.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2024 @ 7:01 AM