Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, ditemui pihak media ketika sidang media di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. FOTO AIMAN DANIAL MOHD HOOD AKTHA
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, ditemui pihak media ketika sidang media di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. FOTO AIMAN DANIAL MOHD HOOD AKTHA
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Isu samseng jalanan menjadi intipati penting yang ditekankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam usaha membendung kegiatan terbabit daripada berleluasa.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang sering dijadikan sebagai 'litar' oleh mat rempit.

"Kita beri peringatan kepada orang muda terutamanya pengguna motosikal supaya mematuhi peraturan lalu lintas.

"JSPT akan ambil tindakan sewajarnya bagi mengekekang kegiatan ini," katanya ketika ditemui semasa turun di lapangan bagi menyantuni pegawai dan anggota trafik serta orang awam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Katanya, JSPT sentiasa menerima maklumat berhubung kegiatan terbabit dan pihaknya ada membuat perancangan untuk mengambil tindakan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, media melaporkan tiga remaja perempuan ditahan polis selepas melakukan aksi 'superman' di Lebuhraya Utara-Selatan, baru-baru ini.

Difahamkan tiga remaja berkenaan dalam perjalanan pulang berkonvoi selepas menjamu selera pada 13 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 11:20 PM