Polis menemui semula lori yang dilarikan  di kawasan Bandar Baru Klang selepas suspek meninggalkannya di kawasan Jinjang, Kuala Lumpur. FOTO IHSAN PDRM
Polis menemui semula lori yang dilarikan di kawasan Bandar Baru Klang selepas suspek meninggalkannya di kawasan Jinjang, Kuala Lumpur. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Klang: Tindakan pantas anggota unit peronda polis (MPV) berjaya menemui semula sebuah lori yang dilaporkan hilang di kawasan Bandar Baru Klang apabila suspek meninggalkan kenderaan terbabit di kawasan Jinjang, Kuala Lumpur, sebelum melarikan diri semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lori itu pada mulanya dilarikan dari kawasan Bandar Baru Klang sebelum anggota MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menemui di kawasan daerah terbabit.

"Susulan itu, mereka cuba menahan kenderaan terbabit namun suspek memecut sehingga ke kawasan Jinjang.

"Mereka kemudian melarikan diri dan kenderaan itu berjaya ditemui semula," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2024 @ 5:25 PM