GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuching: Tiada lagi mangsa banjir di Sarawak yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Jawatankuasa itu memaklumkan kesemua PPS bagi bencana banjir telah ditutup sepenuhnya pada 1.30 tengah hari tadi.

"Ketiga-tiga PPS yang ditutup terletak di Bahagian Kuching melibatkan Dewan Serbaguna Taman Malihah, Dewan Masyarakat Stapok dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru," menurut jawatankuasa itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 5:28 PM