Mohd Roji Kawi


Kuching: Pembabitan kerajaan Sarawak dalam penganjuran Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak menjamin kelancaran program Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) itu.

Ketua Pemasaran Kandungan, Pemasaran Kreatif dan Kandungan TV3, Muhammad Taqyuddin Kamil berkata, kerjasama menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) itu memastikan semua permohonan untuk mendapatkan kemudahan bagi melaksanakan program itu cukup lancar.

"Semuanya diatur dan dibantu dengan sangat baik oleh kerajaan Sarawak menerusi MTCP.

"Kerjasama yang itu menjadikan penganjuran KJH di Sarawak ini cukup lancar, terima kasih kerajaan Sarawak," katanya ketika ditemui di tapak KJH Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya, di sini, hari ini.

Muhammad Taqyuddin berkata, pihaknya berharap pembabitan kerajaan Sarawak itu akan memastikan Kumpulan MPB dapat capai golongan sasar yang lebih meluas

"Kali terakhir KJH diadakan di Sarawak lama dulu iaitu pada tahun 2013 dan apabila kita kembali semula, kita mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan Sarawak.

"Ini sesuatu yang amat kita hargai kerana KJH landasan terbaik Kumpulan MPB untuk mendekati penonton dan pembaca," katanya.

Mengenai sasaran pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran, Muhammad Taqyuddin berkata, beliau yakin mampu mencapai jumlah lebih baik berbanding penganjuran di Semenanjung Malaysia sebelum ini.

"Walaupun keadaan cuaca tidak menentu, sambutan hari kedua ini lebih baik dari semalam sebab cuti hujung minggu dan kita berharap hari ketiga esok sambutan lebih baik lagi.

"Kalau KJH di Semenanjung sebelum ni kita dapat menarik antara 300,000 ke 350,000, saya percaya Sarawak akan lebih baik lagi," katanya.

Ini kerana rakyat Sarawak terkenal 'sporting' dan sentiasa menyokong acara berskala besar, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2024 @ 4:57 PM
AKTIVITI kebudayaan menarik pengunjung di KJH Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya di kompleks Stadium Sarawak. FOTO Media Prima Berhad
AKTIVITI kebudayaan menarik pengunjung di KJH Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya di kompleks Stadium Sarawak. FOTO Media Prima Berhad
PENGUNJUNG di KJH Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya. FOTO Nadim Bokhari
PENGUNJUNG di KJH Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya. FOTO Nadim Bokhari
PENGUNJUNG di KJH Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya. FOTO Mohd Roji Kawi
PENGUNJUNG di KJH Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya. FOTO Mohd Roji Kawi