LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Nazdy Harun


Kuala Berang: Kakitangan awam antara enam yang ditahan dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan Liga Bolasepak Terengganu (TFL) yang berlangsung 12 Januari lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, dalam insiden itu polis melakukan enam tangkapan membabitkan lelaki berusia 25 hingga 40 tahun.

Menurutnya, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan dirujuk terlebih dke Bukit Aman sebelum proses selanjutnya dilakukan.

Katanya, hanya enam tangkapan dibuat berdasarkan rakaman tular selain video diambil penonton di tempat kejadian.

"Hanya enam orang saja yang terbabit dengan kejadian pukul dan mencederakan.

"Mungkin tiada lagi tangkapan lain kerana berdasarkan rakaman hanya individu itu yang terbabit," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berdurasi 43 dan 22 saat memaparkan kekecohan antara pemain serta penyokong selain insiden seorang lelaki yang terjatuh turut disepak.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika perlawanan TFL 2023 di padang sintetik Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 10:57 AM