Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff. FOTO BERNAMA
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff. FOTO BERNAMA
Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan menarik balik Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK), bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkuatkuasa 2 Disember lalu.

Menerusi warta bertarikh 28 Disember yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan Darjah Kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

"Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda mengampuni perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

"Penarikan balik ini berkuatkuasa mulai 2 Disember lalu," katanya menerusi warta berkenaan.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad sehingga kini gagal kerana sebarang panggilan dan whatsApp tidak dilayan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 3:50 PM