FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Wartawan HM

Kuala Lumpur: Serba Wangi Sdn Bhd bakal menganjurkan Festival Teguh Bersama Jati bermula 29 Ogos hingga 4 September ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ia akan diadakan selama tujuh hari di West Wing Concourse, IOI Mall.

Syarikat itu berkata, program itu bertujuan menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan semua rakyat Malaysia yang bersama-sama mengharungi Covid-19 ini selain mendekati diri dengan pengguna Jati.

Katanya, logo Festival Teguh Bersama Jati juga turut direka seiring dengan logo sambutan kemerdekaan.

"Pelbagai aktiviti menarik bertemakan hari Kemerdekaan akan diadakan antaranya aktiviti mewarna, persembahan kebudayaan, gerai informasi dan permainan, cabutan bertuah serta menawarkan pelbagai hadiah menarik.

"Pengunjung juga berpeluang untuk menebus beras Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 secara percuma dengan setiap pembelian produk Jati bernilai RM50 ke atas.

"Pempengaruh terkenal, DurianKimchi juga akan hadir untuk memeriahkan festival pada hari kemerdekaan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu, pihaknya turut membuka peluang orang ramai menyumbang beras untuk golongan yang terkesan dengan pelbagai musibah bencana serta cabaran kenaikan inflasi.

"Teguh Bersama Jati juga turut memberi peluang untuk orang ramai melakukan sumbangan dengan mendermakan beras secara terus sepanjang festival diadakan.

"Sumbangan itu akan dikumpul dan disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan," katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan festival Teguh Bersama Jati dan sebarang promosi berkaitan boleh disalurkan melalui emel [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2022 @ 2:40 PM