Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 15,072 orang sehingga jam 1.30 tengah hari ini berbanding 12,645 mangsa pagi tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 4,581 keluarga itu ditempatkan di 91 pusat pemindahan sementara di lapan daerah.

Daerah yang dilanda banjir ialah Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu, Gua Musang dan Jeli.

Sementara itu, berdasarkan publicinfobanjir.water.gov.my, enam sungai Kelantan melepasi paras bahaya, empat paras amaran dan enam paras berjaga-jaga.

Keadaan utama ke Kampung Tersang - Rantau Panjang yang memasuki  pekan Rantau Panjang ditenggelami banjir ditutup kepada semua kenderaan berikutan limpahan air sungai golok. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Keadaan utama ke Kampung Tersang - Rantau Panjang yang memasuki pekan Rantau Panjang ditenggelami banjir ditutup kepada semua kenderaan berikutan limpahan air sungai golok. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Enam sungai berada di paras bahaya ialah Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan (38.12 meter (m); Sungai Kelantan di Kuala Krai (27.05m); Sungai Kelantan di Kusia (17.13m); Sungai Golok di Kampung Jenob (23.71m); Sungai Golok di Rantau Panjang (11.03m) dan Sungai Kelantan di Kuala Besar (2.72m).

Empat sungai berada di paras amaran pula ialah Sungai Galas di Kampung Lembaga (85.77m); Sungai Lebir di Kuala Koh (74.72m); Sungai Nal di Kampung Kuala Nal (24.10m) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraia (4.12m).

Manakala enam sungai berada di paras berjaga-jaga ialah Sungai Nenggiri di Bertam (54.04m); Sungai Pergau di Kuala Balah (51.89m); Sungai Pergau di Kampung Lawar (101.06m); Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong (17.35m); Sungai Golok di Kuala Jambu (2.41m) dan Sungai Semerak di Jambatan Melor (7.26m).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 3:45 PM